Warning: Illegal string offset 'id' in /home/smktingg/public_html/wp-content/themes/academica/template-sidebar-left.php on line 7

Warning: Illegal string offset 'id' in /home/smktingg/public_html/wp-content/themes/academica/template-sidebar-left.php on line 7

Warning: Illegal string offset 'id' in /home/smktingg/public_html/wp-content/themes/academica/template-sidebar-left.php on line 7

Warning: Illegal string offset 'id' in /home/smktingg/public_html/wp-content/themes/academica/header.php on line 4

Warning: Illegal string offset 'id' in /home/smktingg/public_html/wp-content/themes/academica/header.php on line 4

Warning: Illegal string offset 'id' in /home/smktingg/public_html/wp-content/themes/academica/header.php on line 4
SMK Tinggi Setapak —

 
 

SMK Tinggi Setapak

 

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Air Jernih, Setapak,, Kuala Lumpur.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Setapak memiliki 885 pelajar lelaki dan 39 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 924 orang. Ia mempunyai seramai 91 orang guru.

 

——————————————————————————————————————————————–

 

Mesyuarat Tergempar Menangani Bencana Ribut

Di SMK Tinggi Setapak 21 Mac 2013

 

Tarikh          :  22 Mac 2013

Masa            :  10.00 Pagi

Tempat  :  Bilik Bacaan Pusat Sumber Sekolah

Kehadiran    : 1. En. Naseh b Hassan (Pengetua)

2. Pn Salbiah bt Md Nor (PK Tadbir dan Kurikulum)

3. Tn Hj Ibrahim b Abdullah (PK Ting.6)

4. En Nasaruddin b Abdullah (PK Ko Kurikulum)

5. En Zuhir b Midun (PK HEM)

6. En Mustafa  Kamal b Mohd Nor (Pegawai Perhubungan Sekolah PPW Keramat)

7.  Pn Chen Chee Fong (Ketua Bidang Sains Kemasyarakatan)

8.  En Fadzil b Ahmad Nadzari (Ketua Bidang Bahasa)

9.  Pn Asmak  bt Yusof (Ketua Bidang Sains dan Matematik)

10.  En Mohaizam b Ab Rashid (Guru ICT)

11. En Mohd Nor b Salleh (Guru ICT)

12. YM Tengku Izudin b Tuan Ibrahim (Guru ICT)

13.  Pn Julaizah bt Mohd Jais (Wakil Kelab Guru)

14.  Pn Zarini bt Hassan (Wakil Kelab guru)

15.  Pn Rosna bt Othman (Setiausaha)

 

Agenda:

1.Ucapan Pengetua

1.1  Beliau mengulas tentang kejadian angin ribut yang menerbangkan sebahagian bumbung Blok A yang melibatkan Bilik Guru, Bilik Komputer, Bilik Peperiksaan, Makmal Komputer Ting 6 dan Bilik Ketua Bidang. Laporan telah dibuat kepada Tuan Timbalan Pengarah Pelajaran PPW Keramat, Unit Pembangunan JPWPKL, Parlimen Setiawangsa, PIBG dan DBKL. Akibat kejadian itu berbagai dokumen penting, evidens PBS, komputer, buku-buku serta peralatan guru dan pelajar mengalami kerosakan. Beliau meminta  semua yang hadir memikirkan apa tindakan yang perlu dibuat seterusnya.

Tindakan :    Semua Ahli Mesyuarat

2. Pengurusan Tindakan

2.1  Pn Salbiah menyatakan mesyuarat tergempar ini perlu untuk memastikan tindakan  yang seterusnya diambil dengan berkesan, menyeluruh, bersistem dan mematuhi Prosedur Tindakan 1,3,7.

Tindakan:       Makluman

2.2  Pn Salbiah  memaklumkan bahawa laporan mengenai kejadian perlu dibuat mengikut Prosedur Tindakan 1,3,7. Tindakan hari pertama telah pun diambil oleh Pengetua  pada malam  21/3/2013.  Bagaimanapun laporan lengkap hari ke 3 perlu disediakan  dengan mencatatkan urutan peristiwa, senarai pegawai yang hadir dan tindakan awal yang dilakukan oleh pihak sekolah untuk menangani masalah ini.

Tindakan:       Puan Rosna

2.3  Pn Salbiah meminta agar setiap wakil dari bilik-bilik yang terlibat memberi laporan mengenai status kerosakan yang dialami dalam mesyuarat ini dan mengemaskini laporan selepas cuti pertengahan semester satu. Laporan berkenaan hendaklah diserahkan kepada Puan Chen Chee Fong dan Pn Asmak.

Tindakan :   Semua Wakil Bilik, Pn Chen Chee Fong dan Pn Asmak

2.4  Ahli mesyuarat seterusnya dimaklumkan tentang langkah-langkah yang telah dan akan diambil:

2.4.1  Menempatkan para pelajarTingkatan 1 hingga 4 di Dewan Wawasan di bawah seliaan JK Disiplin yang diketuai oleh Tn Hj. Abd Halim b Mohd Nor bagi memberi  ruang kepada para guru untuk membersihkan dan mengemas barang mereka.

.

2.4.2  Memindahkan barang-barang dari bilik guru yang masih boleh digunakan ke Jimnasium

sekolah.

 

2.4.3  Membersihkan kawasan bencana dengan bantuan Pegawai dan Pekerja DBKL   Cawangan Setiawangsa.

 

2.4.4  Menempatkan para guru secara sementara di Bilik Mesyuarat jika sekiranya bumbung masih tidak dibaiki.

 

2.4.5  Menyediakan plastik untuk menutup komputer dan barang yang masih ada dalam bilik-bilik berkenaan.

 

2.4.6  Memindahkan perabot dan barang ke sebelah kanan bilik sebelum menutupnya dengan plastik.

Tindakan :     Semua Guru terlibat dan  Semua Wakil Bilik

 

 

3.0  Laporan Kerja-kerja Pembersihan Kawasan Bencana

     3.1  Kawasan Luar Bangunan Blok A

3.1.1  En Fadzil yang ditugaskan untuk mengawasi kerja-kerja yang dilakukan oleh Pegawai dan Pekerja DBKL menyatakan lebih daripada 15 orang pekerja telah membantu kerja berkenaan. Beliau juga menguruskan  kebajikan pegawai dan pekerja DBKL berkenaan.

Tindakan:     Makluman

3.1.2  Pihak DBKL meminta agar pihak sekolah memanggil seorang tukang kayu untuk memaku bahagian zink yang masih ada supaya tidak diterbangkan angin dan membahayakan warga sekolah jika zink berkenaan jatuh. Tn Haji Ibrahim telah mengambil tindakan semerta dengan menghubungi En Azahan kontraktor yang akan memakukan zink berkenaan.

Tindakan:     Tn Hj Ibrahim

3.1.3  Pihak DBKL juga meminta pihak sekolah memohon jengkaut dan showel  untuk membuang  sisa-sisa kerosakan kerana jentera berkenaan perlu ada surat rasmi untuk digunakan di tempat awam. Puan Salbiah menyatakan beliau akan menulis surat permohonan berkenaan sebelum hari Isnin.

Tindakan:     PK Tadbir dan Kurikulum

3.1.4  Pihak sekolah juga bersetuju untuk memberikan zink yang rosak berkenaan kepada DBKL. En Fadzil memaklumkan bahawa pihak DBKL perlu memotong zink yang terlalu panjang dan pokok-pokok yang terlibat untuk dimuatkan ke dalam lori . Semua bahan ini akan diletakkan di gelanggang Sepak Takraw untuk di bawa oleh lori DBKL pada hari Rabu.

Tindakan :           Pengetua dan Guru Kanan    Bertugas

     3.2  Kawasan Bilik Blok A

Pn Salbiah melaporkan kerja pembersihan dan menyelamat barang telah dijalankan mulai jam 8.30 malam hari kejadian. Pengetua, YDP PIBG, En Mustafa Kamal, En Kamarulzaman, Tn Hj, Hashim (Wakil YB Parlimen Setiawangsa) turut hadir. Kerja-kerja masih lagi dilakukan dengan bantuan pelajar. Bekalan elektrik terpaksa ditutup untuk keselamatan.

Tindakan      :     Makluman

4.0  Status Bilik-bilik Yang Terlibat

Terdapat banyak kerosakan berlaku akibat kejadian ini. Berikut adalah laporan yang dikemukakan oleh setiap wakil bilik yang terlibat:

    4.1 Bilik Guru (disampaikan oleh Pn Julaizah dan Pn Zarini)

4.1.1      Fail PBS pelajar dan panitia telah rosak. Ini termasuk evidens para pelajar.

4.1.2      Semua Nota dan sebahagian besar buku latihan pelajar.

4.1.3      Buku Persediaan Mengajar Guru.

4.1.4 Fail folio pelajar tingkatan 3 (PMR).

4.1.5 Borang permohonan Biasiswa Baitulmal.

4.1.6 Dokumen pengurusan Majlis Tadarus Alquran.

4.1.7 Siling rosak.

4.1.8 Meja dan kerusi guru dibasahi oleh air atap yang kotor dan hitam

    4.2 Bilik Peperiksaan (disampaikan oleh Pn Salbiah )

4.2.1 Kertas evidens pelajar rosak.

4.2.2 2 set komputer peperiksaan terkena percikan air.

4.2.3 Dinding penutup ruang untuk air-cond pecah.

4.2.4 Simen lantai pecah.

   4.3   Bilik ICT Guru (BKG) disampaikan oleh YM Tg Izuddin

4.3.1 Semua CPU di atas lantai terendam oleh air setinggi  4 inci.

4.3.2 Kerosakan hanya boleh diketahui selepas 3 hari selepas semua CPU kering.

   4.4   Bilik Guru ICT Tingkatan 6

4.4.1    12 buah komputer, printer, LCD, 3 kipas, reuter, zoom 1Bestarinet telah rosak.

4.4.2 Dokumen pengurusan – buku log dan fail telah rosak.

   4.5   Bilik Guru Kanan Bidang

4.5.1 Siling bocor.

4.5.2 50 Buku Kerja Pelajar Biologi SPM rosak.

4.5.3 50 Fail PBS pelajar yang sedang dipantau rosak.

4.5.4 30 modul soalan Sains SPM .

4.5.5 2 buah meja rosak.

4.5.6 Carta ABM Sains untuk Pengajaran dan Pembelajaran.

   

 

 

4.6  Bekalan Letrik Blok A

4.6.1    Semua peralatan elektrik terutama di tingkat 1 Blok A dan pejabat telah terendam oleh titisan air hujan. Besar keberangkalian saluran bekalan elektrik di blok ini rosak. Pemeriksaan perlu dibuat segera.

Tindakan :   JK Penyelenggaraan Elektrik

5Bantuan Segera Yang Di Perlukan

5.1       Peruntukan kewangan untuk membeli plastik penutup, peralatan pelajar (seperti kertas, buku latihan, buku folio dll).

5.2    Kerja pembaikan bumbung dengan kadar segera.

5.3    Penggantian peralatan media yang telah rosak.

5.4    Pembaikan  dan penyelenggaraan elektrik di setiap bilik yang terlibat.

Tindakan :    PK Kanan Tadbir dan Kurikulum

6.  Hal-hal Lain

6.1  Guru-guru komputer perlu menyediakan status terkini dan mengenalpasti bilangan komputer yang tidak boleh digunakan. Arus elektrik   akan dimatikan untuk tempoh 3 hari untuk tujuan keselamatan dan komputer hanya boleh dibuka setelah betul-betul kering. Guru-guru ICT juga diminta “standby” untuk dipanggil bila-bila masa dalam masa cuti.

Tindakan :    Semua guru ICT

6.2  Satu laporan bencana perlu disiapkan dan guru ICT dikehendaki menyediakan slide mengenai kesan bencana ribut ini  kerana satu taklimat akan diadakan pada jam 2.30 petang. Taklimat ini akan dihadiri oleh YB Datuk Zulhasnan Rafique Ahli Parlimen Setiawangsa, Wakil JPWP, Wakil  PPW Wilayah Keramat, Wakil Media,Yang Dipertua PIBG, AJK PIBG dan bekas pelajar. Semua ahli mesyuarat diminta hadir sesi ini.

Tindakan : PK Tadbir, KB dan Guru ICT

Mesyuarat ditangguh jam 11.30 pagi.

Disediakan Oleh :

……………………….

(Pn Rosna Binti Othman)

 

 

——————————————————————————————————————————————–

 

MINIT MESYUARAT PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU KALI KE-40

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN TINGGI SETAPAK

KUALA LUMPUR

TARIKH    : 9 MAC 2013

HARI         : SABTU

MASA       : 12.30 TENGAH HARI

TEMPAT:DEWAN WAWASAN SMK TINGGI SETAPAK

Agenda Mesyuarat:

1.0   Ucapan Pengetua SMKTS (Penasihat PIBG)

 

1.1    Tuan Pengetua mengucapkan terima kasih kepada YDP PIBG, barisan AJK PIBG , semua ibubapa            serta guru kerana menghadiri Mesyuarat Agung PIBG kali ke 40.Tuan Pengetua mengucapkan          syukur kerana segala perancangan sejak bermulanya sesi persekolahan tahun 2013 sehingga kini telah dilaksanakan dengan jayanya.

Tindakan : makluman

1.2 Beliau memaklumkan bahawa SMK Tinggi Setapak mempunyai jumlah pelajar seramai 806 orang       setakat ini dan jumlah akan bertambah setelah kemasukan pelajar Tingkatan enam rendah     kelak. Pecahan bilangan pelajar mengikut bangsa adalah seperti berikut : bangsa Melayu seramai 479 orang, bangsa Cina seramai 96 orang dan bangsa India sebanyak 219 orang. Kesemua pelajar telah ditempatkan di dalam 42 kelas daripada Tingkatan satu sehingga Tingkatan enam ,termasuk kelas aliran Agama di Tingkatan Satu dan Dua. Seramai 100 orang daripada jumlah 806 orang menghuni di Asrama Abdul Rahman Talib. Sementara itu jumlah tenaga pengajar adalah seramai 103 dan staf sokongan seramai 15 orang.

Tindakan : makluman

1.3 Beliau juga memaklumkan bahawa, dari semasa ke semasa kemudahan dan prasarana sekolah dibaikpulih dan dipertingkatkan bagi mewujudkan situasi yang kondusif kepada semua pelajar.

Program Gotong-royong Perdana telah dilaksanakan pada 23 Februari lalu, bagi menceriakan dan memebersihkan kawasan sekolah.

Tindakan : makluman

1.4 Antara program peningkatan akademik yang akan dijalankan ialah kelas tuisyen tajaan PIBG. Kesemua kelas bermula pada minggu pertama bulan Mac. Pihak sekolah juga memberi tumpuan terhadap penerapan nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar. Antara program yang dijalankan adalah seperti bacaan Yassin dan tazkirah untuk pelajar Islam serta program Penghayatan Nilai- nilai Murni bagi pelajar bukan Islam yang diadakan pada setiap hari Jumaat.

Tindakan : makluman

 

 

 

2.0   Ucapan YDP PIBG 2012/2013

2.1   Yang Dipertua PIBG, mengalu-alukan serta merakamkan penghargaan kepada En. Mustafa Kamal B. Mohd Noor Pegawai Perhubungan Sekolah PPD Keramat , Tuan Pengetua En. Naseh b. Hassan , barisan AJK PIBG , ibu bapa dan guru-guru yang hadir ke mesyuarat kali ini.

Tindakan : makluman

2.2 Beliau memaklumkan bahawa jawatankuasa PIBG 2012/2013, telah banyak membantu pihak sekolah dalam melaksanakan pelbagai program seperti Hari Anugerah Cemerlang, Hari Graduasi, Bacathon, dan sebagainya. Justeru, beliau merakamkan penghargaan terhadap usaha ibu bapa dan guru kerana beliau percaya tanpa usaha dan sokongan ibu bapa dan guru pastinya setiap program tersebut tidak akan berjaya dilaksanakan.

Tindakan : makluman

 

3.0   Membentangkan dan meluluskan minit mesyuarat agung PIBG kali ke -39

(rujuk buku program m/s 13-19)

3.1 Puan Normizan Bt Hj Mohd Tahir mencadangkan minit mesyuarat disahkan manakala Puan Salbiah Bt Md Nor menyokong cadangan tersebut.

Tindakan : makluman

 

4.0   Membentangkan laporan aktiviti tahunan 2012 (rujuk buku program m/s 21- 25)

4.1   Tn. Lt. Kol. Kamal Bahrin Bin Nali membentangkan segala aktiviti yang dianjurkan sepanjang tahun 2012 dengan beberapa sumbangan daripada pihak PIBG

4.2   Segala aktiviti yang dijalankan berjalan dengan lancar dan jayanya.

                                                                          Tindakan : makluman

 

5.0   Pembentangan laporan penyata kewangan PIBG sekolah tahun 2012

(rujuk buku program m/s 28-32)

5.1   Pn. Hjh. Norizan Bt Mohd Noh telah membentangkan laporan kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2012.

5.2   YDP PIBG meminta laporan kewangan disahkan dan disokong.

5.3   Laporan kewangan telah disahkan sebulat suara oleh para hadirin yang hadir.

Tindakan : makluman

 

6.0   Pembentangan dan perbahasan usul dan cadangan bagi sesi 2013

6.1    YDP PIBG membaca semua usul dan menyatakan usul tersebut dikenalpasti dan diatasi. (rujuk buku program m/s 37-40)

6.2    Tuan Pengetua juga mengemukakan usul kutipan bayaran tambahan bagi sesi 2013. Pihak sekolah memerlukan bayaran tambahan bagi perkara-perkara berikut:-

 

 

 

 

 

BIL JENIS-JENIS BAYARAN AMAUN( RM) AMAUAN ( RM)
SUMBANGAN AKTIVITI SEKOLAH Ting 1,2,3 Ting 4,5,6
1 Majalah sekolah (seorang/satu bayaran bagi satu keluarga) RM 15.00 RM 15.00
2 Penyelenggaraan dan keceriaan RM 10.00 RM 10.00
3 Program kecemerlangan akademik RM 20.00 RM 20.00
4 Program Literasi ICT (bagi pelajar ting 1.2,dan 3 sahaja) RM 10.00 RM 0.00
5 Derma PIBG seorang / satu bayaran bagi satu keluarga RM 25.00 RM 25.00
JUMLAH RM 80.00 RM 70.00
6 Bayaran Yuran Makan Asrama
  1. Ibu bapa/penjaga berpendapatan RM 4,999.00 ke bawah (RM 1.00 sehari x 250 hari)
  2. Ibu bapa/penjaga berpendapatan melebihi RM 5,000.00 ( RM 3.00 sehari x 250 hari )
RM 250.00 

 

RM 750.00

7 Lain-lain kutipan/sumbangan – bayaran tambahan asrama

  1. Yuran Kebajikan yang merangkumi ubat-ubatan, surat khabar, majalah, aktiviti pelajar (lawatan) & hadiah -  (sebulan)
  2. Yuran Fardu ain  – (sebulan)
  3. Yuran tuisyen yang merangkumi kelas bimbingan dan kelas intensif

JUMLAH

 

 

 

RM 10.00

RM 10.00

 

RM 50.00

RM 70.00

 

6.3   Usul kutipan bayaran tambahan telah diluluskan sebulat suara.

Tindakan : semua ibu bapa

7.0   Perkara Berbangkit

7.1 Tiada perkara berbangkit

Tindakan : makluman

8.0   Pembubaran AJK PIBG sesi 2012/2013

8.1   Pengerusi membubarkan AJK PIBG sesi 2012/2013

8.2   Seterusnya, pengerusi menjemput En Mustafa Kamal B Mohd Noor, pegawai perhubungan sekolah, Pejabat Pelajaran Keramat untuk menyampaikan cenderamata kepada barisan AJK PIBG sesi 2012/2013.

Tindakan : makluman

9.0   Pelantikan Pengerusi Sementara

9.1   Mantan YDP PIBG bertindak sebagai pengerusi sementara untuk mengendalikan pelantikan AJK PIBG sesi 2013/2014. Tiada pencalonan diterima untuk pemilihan AJK sesi 2013/2014 dari kalangan ibu bapa.

Tindakan : makluman

10.0 Pelantikan AJK PIBG sesi 2013/2014

10.1       Pn Salbiah Bt Md Nor mencadangkan agar AJK PIBG bagi ibu bapa dikekalkan memandangkan barisan AJK tersebut sangat komited dalam menjalankan tugas-tugas mereka.

Tindakan : makluman

 

10.2       Cadangan tersebut disokong sebulat suara oleh para hadirin yang hadir.

10.3   AJK PIBG sesi 2013/2014 adalah seperti berikut:

Penasihat              : En Naseh b. Hassan

YDP PIBG          : Tn Lt Kol Kamal Baharin B Nali

Naib YDP PIBG                  : En Zabidi b. Sulaiman

Setiausaha                : Pn Suzaimah Bt Safei

Naib Setiausaha               : Pn Chong Pei Woon

Bendahari                 : Pn Nur Shahidah Bt Ibrahim

AJK Guru          : En Azhar B Mat

: En Abdul Samad B Abd Rahman

: Pn Azlina Bt Muhammad

: Pn Nasibah Bt Ibrahim

: En Irenaeus Martin a/l Anthony

Juru audit (guru)      : Pn Rosmawati Bt Abu Bakar

 

AJK Ibu Bapa            : En Mohd Rasib B Mohamed Nor

: En Shukor B Abdullah

: En Idrus B Ahmad

: Pn Normizan Bt Hj Mohd Tahir

: Pn Janice Kao

Juru audit (ibubapa)        : Pn Suryati Bt Abdullah

Tindakan : makluman

 

11.0 Ucapan penangguhan

11.1          YDP mengucapkan tahniah kepada barisan AJK PIBG yang baharu terutamanya AJK ibu bapa yang telah dilantik semula pada tahun ini kerana telah diberi kepercayaan oleh pihak sekolah dan meminta kerjasama semua guru dan ibu bapa untuk menjayakan segala program yang akan dijalankan demi kecemerlangan pelajar-pelajar di sekolah ini.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.45 petang

 

 

Disediakan oleh,              Disemak oleh,                              Disahkan oleh,

 

 

…………………………………              …………………………………                      …………………………………

(Cik Faraihan Bt Rozak)           (Tn Lt Kol Kamal Baharin B Nali)                (En Naseh B Hassan)

Ketua Pencatat                         YDP PIBG sesi 2013/2014                   Pengetua SMK Tinggi Setapak

Minit Mesyuarat Agung

PIBG ke-40

 

——————————————————————————————————————————————–

 

 

 

Warning: Illegal string offset 'id' in /home/smktingg/public_html/wp-content/themes/academica/footer.php on line 4

Warning: Illegal string offset 'id' in /home/smktingg/public_html/wp-content/themes/academica/footer.php on line 4

Warning: Illegal string offset 'id' in /home/smktingg/public_html/wp-content/themes/academica/footer.php on line 4